Module 4: Basic Foot Drill
Pengetahuan Kawad Kaki
Pengetahuan Kawad Kaki
Bahagian (1): Prinsip Asas Kawad Kaki & Pengurusan Pasukan (Bahan Rujukan)
Segala rujukan berkenaan dengan pengetahuan kawad kaki dan pengurusan pasukan dapat diperoleh melalui pautan ini.
Bahagian (2): Protokol Bendera
Cara-cara Mengibarkan Bendera
Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
Mereka yang menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.
Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya semula keseparuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya dan kemudian menurunkannya terus.
Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya.
Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.
Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya.
Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan sebagai memberi kehormatan negara seperti menutup keranda dalam Istiadat Pemakaman/ Pengkebumian Negara.
Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap sebagai bendera yang uzur. Bendera yang uzur hendaklah diturunkan kerana pengibarannya menunjukkan tanda tidak hormat. Ianya hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah dengan membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.
Tempat
Bendera Persekutuan dikibarkan di tempat-tempat seperti berikut:
Kediaman
Kedutaan
Bangunan (di luar, di dalam atau di atas)
Pejabat
Kapal/ Feri/ Bot
Kapal terbang
Kereta
Masa
Tradisi mengibarkan bendera ialah bendera mulai dikibarkan apabila matahari terbit dan ianya diturunkan waktu matahari terbenam iaitu mulai pukul 7.00 pagi hingga 7.00 petang. Tradisi ini telah menjadi amalan antarabangsa semenjak beratus tahun dahulu terutamanya di dalam Angkatan Tentera.
Kerajaan Persekutuan telah memutuskan supaya bendera dikibarkan di bangunan-bangunan Persekutuan mengikut masa yang ditetapkan iaitu:
Bangunan-bangunan Kerajaan Persekutuan
Mengikut waktu pejabat biasa dan dikibarkan terus menerus (overnight) sekiranya hari berikutnya adalah Hari Kebesaran/ Cuti Umum yang ditetapkan bendera dikibarkan
Sekolah-sekolah
Mengikut waktu mulanya kelas pertama dan menurunkannya selepas kelas terakhir tamat
Kapal dan Feri
Bendera hendaklah dikibarkan di atas kapal dan feri sepanjang hari
Susunan Keutamaan Bendera Malaysia, Negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan
Susunan keutamaan bendera Malaysia dan bendera negeri-negeri mengikut keutamaan D.Y.M.M. Raja-raja Melayu dan T.Y.T. Yang DiPertua Negeri seperti yang termaktub dalam Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan.
Keutamaan adalah disusun seperti yang berikut (dikemaskini pada 1 Mei 2025 dengan rujukan):
Malaysia
Terengganu
Perlis
Selangor
Negeri Sembilan
Kelantan
Perak
Kedah
Pahang
Johor
Melaka
Sarawak
Sabah
Pulau Pinang
Wilayah Persekutuan
Arah Pandangan
Penentuan arah pandangan pengibaran bendera adalah pendangan dari luar bangunan memandang ke arah bangunan.
Penentuan ini adalah selaras dengan peraturan sedia ada bagi beberapa negara di dunia, Angkatan Tentera Malaysia, dan Polis Diraja Malaysia. Penetapan arah pandangan bendera adalah seperti berikut:
Susunan dan Kedudukan Bendera Malaysia Apabila Dikibarkan
Susunan dan kedudukan bendera adalah bergantung kepada di mana bendera-bendera tersebut hendak dikibarkan atau dihamparkan. Susunan yang biasa dibuat ialah:
Susunan dalam Perarakan
Penggunaan Jalur Gemilang
(a) Sebagai Tanda Berkabung
Bendera dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung atas peristiwa tertentu seperti kemangkatan atau meninggal dunia pembesar-pembesar negara dan pembesar-pembesar negara asing. Arahan mengenai pengibaran bendera setengah tiang ini akan dikelaurkan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa negeri bagi negeri-negeri berkenaan. Antara peristiwa tersebut ialah:
Kemangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (pada hari pengisytiharan kemangkatan sehingga hari pemakaman)
Kemangkatan D.Y.M.M. Raja-raja dan D.Y.M.M. Raja-raja Permaisuri (pada hari pengisytiharan kemangkatan sehingga hari pemakaman)
Tuan-tuan Yang Di-Pertua Negeri dan isteri-isteri (pada hari pengisytiharan kemangkatan sehingga hari pengebumian)
Y.A.B. Perdana Menteri dan Y.A.B. Pemangku Perdana Menteri (pada hari pengisytiharan kemangkatan sehingga hari pengebumian)
(b) Sebagai Tanda Menghormati Jenazah
Bendera Malaysia boleh menutup keranda di dalam Istiadat Permakaman/ Pengkebumian Negara ataupun ketika membawa balik jenazah yang meninggal dunia di luar negara:
Pembesar-pembesar negara
Duta-duta Malaysia
Anggota tentera yang meninggal dunia ketika menjalankan tugas
Panji-panji St. John Ambulans Malaysia
(a) Am
Panji-panji melambangkan penghormatan kepad asesebuah unit atau rejimen. Panji-panji akan diarak di hadapan seluruh barisan rejimen untuk menunjukkan serta membrikan kehormatan tertinggi kepad apengorbanan rejimen.
Ia juga merupakan tanda dan simbol pengenalan sesebuah rejimen di medan perang.
(b) Pengurusan Panji-panji SJAM
Seorang pegawai yang berpangkat R12 akan dilantik untuk berarak Panji-panji SJAM di majlis-majlis tertentu sahaja (Trooping of Colours). Panji-panji akan sentiasa dijaga oleh seorang Sarjan yang diiktiraf sebagai 'Colour Sergeant' serta diiringi oleh dua Pegawai Tidak Bertauliah yang dikenali sebagai 'escorts'.
Apabila panji-panji telah uzur, sesebuah majlis akan diadakan untuk menggantikan Panji-panji yang baharu.
(c) Spesifikasi Panji-panji SJAM (tidak diterjemah kepada Bahasa Malaysia - perenggan asal adalah disediakan dalam Bahasa Inggeris)
The SJAM Colour is the Badge of the Order, with gold lions and unicorns on a black field and a fringe of alternating two-inch long black and white strips.
Its dimensions are 3 feet x 4 feet.
It is carried on an eight-foot black pole surmounted by the Badge of the Order in metal silver.
The pole has black-and-white cords with tassels.
(d) Kelayakan untuk Memperoleh Panji-panji SJAM
Setiap negeri ataupun wilayah boleh memperoleh Panji-panji SJAM bagi negeri/ wilayah tersebut.
Sesebuah kawasan yang melebihi 300 Ahli Dewasa dibenarkan untuk memperoleh Panji-panji SJAM bagi sesebuah kawasan tersebut.
(e) Perarakan/ Majlis Perbarisan Kawalan Kehormatan Panji-panji
Setelah diperoleh Panji-panji SJAM, majlis perbarisan kawalan kehormatan akan diadakan setiap tahun ataupun dalam upacara-upacara tertentu sahaja.
(f) Perkara-perkara Lain
Panji-panji yang dikibarkan akan diterima hormat daripada setiap golongan individu, kecuali panji-panji dikibarkan di upacara pengebumian (funeral escort).
Panji-panji SJAM hanya dapat dibawa sempena majlis-majlis perbarisan SJAM dan mesti memperoleh kebenaran daripada Pemerintah Negeri/ Wilayah ataupun Pemerintah Kawasan.
Sekiranya skuad berjalan lalu berhadapan dengan panji-panji, mereka yang duduk akan berdiri tegak, dan bagi mereka yang memakai pakaian seragam akan memberi hormat sebagai tanda penghormatan.
Apabila dua negeri atau lebih terlibat dalam majlis perbarisan, Pemerintah Negeri/ Wilayah ataupun Pemerintah KAwasan bagi negeri yang menjalankan majlis perbarisan tersebut akan memutuskan panji-panji yang akan diarakkan.
Apabila dua panji-panji atau lebih diarakkan, panji-panji yang lebih kanan (berdasarkan tarikh pengurniaan panji-panji) akan diberikan keutamaan pada setiap masa.