Module 1: Knowledge of SJAM
Pengetahuan St. John Ambulans Malaysia
Pengetahuan St. John Ambulans Malaysia
Tahun permulaan pergerakan St. John Ambulans - 1908
Diusahakan oleh sekumpulan pegawai perubatan Kerajaan Jajahan British
Persatuan St. John Ambulans (St. John Ambulans Association - SJAA) ditubuhkan pada tahun 1935
Briged St. John Ambulans (St. John Ambulance Bridage - SJAB) ditubuhkan pada 1938
Ia merupakan sebuah unit pakaian seragam
Cadangan untuk menubuhkan Majlis St. John Ambulans di Tanah Melayu pada tahun 1955
Pentadbiran dan pengurusan St. John Ambulans diserahkan secara rasmi kepada pengurusan tempatan pada 17 Februari 1958
Majlis St. John Ambulans pertama ditubuhkan pada 2 Februari 1960
Persatuan dan Briged digabungkan pada tahun 1971
Bertujuan untuk menyelaraskan kedua-dua badan di Malaysia Barat, Sabah, dan Sarawak
Akta St. John Ambulans Malaysia (Perbadanan) 1972 (Akta 74) diluuskan oleh Parlimen pada 31 Ogos 1972
Perbadanan selepas akta berkuatkuasa dikenali sebagai St. John Ambulans Malaysia (SJAM)
Kaedah-kaedah St. John Ambulans Malaysia 1973 yang menetapkan struktur organisasi perbadanan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 1973
Lambang St. John pada asalnya merupakan lambang Republik Amalfi (Itali) pada Zaman Pertengahan
Lambang digunakan bagi mengenang jasa saudagar-saudagar Republik Amalfi atas pembinaan hospital
Singa dan binatang unicorn berwarna kuning merupakan lambang di-Raja Britain yang ditambah apabila St. John di Britain dianugerah Piagam di-Raja oleh Ratu Victoria
Lambang ini dikelilingi lapan nilai-nilai murni ahli pertolongan cemas yang membantunya dalam menjalankan tugas harian
PENELITI (OBSERVANT)
Supaya dia mengambil berat punca dan tanda-tanda sesuatu kecederaan
BIJAKSANA (TACTFUL)
Supaya dia bertanya dengan bijak, mengetahui tanda dan sejarah kes, menyakinkan mangsa dan orang ramai
BERIKHTIAR (RESOURCEFUL)
Supaya dia dengan kemudahan yang sedia ada mengelak kecederaan daripada menjadi lebih teruk dan membantu dalam penyembuhan
CEKAP (DEXTEROUS)
Supaya dia dapat menjaga mangsa tanpa menyebabkan kesakitan yang lanjut dan mengguna peralatan dengan berkesan dan rapi
JELAS (EXPLICIT)
Supaya dia dapat memberi maklumat dan arahan kepada mangsa dan orang ramai dengan tepat
KEUTAMAAN (DISCRIMINATING)
Supaya dia dapat membuat keputusan kecederaan yang perlu diberi perhatian dahulu
TABAH (PERSERVING)
Supaya dia dapat meneruskan usaha walaupun gagal pada kali yang pertama
SIMPATI (SYMPATHY)
Supaya dia dapat memberi dorongan kepada mangsa
Emblem SJAM merupakan lambang utama SJAM yang digunakan di bangunan, aset dan pakaian seragam SJAM
Emblem SJAM membawa ciri-ciri lambang St. John Antarabangsa
Perkhidmatan Bagi Manusia - Bahasa Malaysia
In the Service of Humanity - Bahasa Inggeris
Pro Utilitate Hominum - Bahasa Latin
Pegawai-pegawai Turus (Staff Officers) merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas portfolio yang diberikan. Mereka boleh dilantik dengan pangkat daripada R8 - R13.
Pangkat tertinggi bagi Pegawai-pegawai Turus berdasarkan peringkat adalah seperti berikut
Pegawai Turus Kebangsaan R8
Pegawai Turus Negeri R9
Pegawai Turus Kawasan R10
Pegawai-pegawai Turus tidak dilantik pada peringkat Bahagian